Serunding Dading Cik Lijah

Ramuan / Bahan

1 kg daging batang pinang
1 biji kelapa
15 tangkai cili kering
19 gm jintan manis Bahan yang dikisar:

500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 batang serai
1 cm halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara

Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.

Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.

Masukkan pati santan bersama bahan kisar dan jerang di atas api sederhana.

Bila hampir kering, masukkan daging yang telah disiat, garam dan gula secukup rasa.

Selepas itu, kacau sehingga ia kering dan garing.