Semur Daging Batang Pinang

Ramuan / Bahan

2 kg daging batang pinang
Sedikit serbuk lada sulah
15 ml sos soya pekat
60 ml sos soya cair
30 gm gula perang
biji buah pala, diparut
Sedikit garam
30 gm tepung
Minyak untuk menumis 20 biji bawang merah, dihiris halus
3 biji bawang besar, dibelah empat
2 cm kulit kayu manis
15 gm lada hitam, ditumbuk kasar
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
100 ml air rebusan daging
Sedikit biji sawi
Sedikit ketumbar, disangrai dan ditumbuk

Cara-cara

Perap daging bersama lada sulah, sos soya, gula, buah pala, garam dan tepung. Simpan sejam di dalam peti sejuk. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan semua rempah lain dan goreng lagi hingga naik bau. Masukkan daging dan biarkan seketika. Tuang air rebusan daging dan masak hingga mendidih. Tabur biji sawi dan ketumbar. Padam api, hiris daging nipis-nipis dan masukkan ke dalam pinggan. Tuangkan kuah dan hidangkan panas-panas.