Satay Manis

Ramuan / Bahan

500 gm daging bahagian belakang atau daging tak tulang (dihiris menjadi pitongan-poyongan kecil)
Mentega,untuk melonmor/memupuk
1 biji sedang timun (dipotong besar-besar)

Bahan Perasa:
3 ulas bawang putih (dikisar)
air dari 7 biji limau kasturi atau
3 camca air asam jawa
1 camca lada sulah
1 camca gula merah
Garam secukup rasa Bahan Sos:
3 batang lada merah
6-8 batang lada padi
Secubit garam
1.2 cm belacan (dibakar)
1-2 camca gula melaka yang telah dicairkan-jika suka
1 camca limau nipis
2 camca kicap
cawan air asam jawa yang cair (dihangatkan)
10 ulas bawang merah (dihiris & digoreng hingga garing)

Cara-cara

Campurkan bahan-bahan perasa. Gaulkan dengan daging & biarkan terperap semalaman,atau sekurang-kurangnya 6-8 jam. Cucukkan potongan-potongan daging itu pada lidi atau pencucuk logam. Panggang di atas api arang. dengan membalik-balikkan lidi pencucuk itu & memupuknya. dengan mentega. Apabila telah masak & garing ,letakkan lidi-lidi pencucuk yang ber daging iyu ke dalam sebuah pingan hidangan.

Untuk menyediakan sos:
Gilingkan empat bahan yang pertama. Kacau rata-rata dengan bahan selebihnya mengikut susunan yang diberikan. hidangkan dengan segera dengan sataynya.