Sambal Dendeng Emaku

Ramuan / Bahan

2 kg daging (rebus dengan sedikit garam)
10 labu bawang besar (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
30 biji cili kering (dikisar)
20 biji cili masak merah (dikisar)
20 biji cili masak hijau (dikisar)
1 cawan air asam jawa
cawan sos tiram
cawan kicap cair
Garam secukup rasa

Cara-cara

Cara:
Daging dipotong nipis, diketuk supaya lembut. Panaskan minyak dan goreng daging tadi sehingga setengah masak dan angkat. Kurangkan minyak menggoreng daging tadi dan setelah itu tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya. Masukkan cili-cili kisar tadi dan goreng sampai garing.
Tuangkan air asam jawa dan kacau. Lepas itu, masukan kicap dan sos tiram. Bubuh sedikit garam dan kacau lagi.

Masukkan daging tadi dan biarkan selama 3 minit. Selepas itu bolehlah dihidangkan.