Rendang Tok

Ramuan / Bahan

600 gm daging
3 sudu besar ketumbar
1 cawan kecil jintan manis dan jintan putih
1 cawan kecil lada hitam
3 kuntum bunga lawang
11 kuntum bunga cengkih
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
3 cm halia 2 batang serai (dititik)
3 cm lengkuas
2 cawan gula
1 biji kelapa (diambil santan)
biji kelapa (dibuat kerisik)
kelapa (dipotong nipis)
Daun kunyit

Cara-cara

Daging dibasuh dan dipotong besar. Ketumbar, jintan, lada hitam, bunga cengkih, bunga lawang, halia, lengkuas, semuanya digiling tapi jangan terlalu hangus. Kelapa yang dipotong hendaklah digoreng dahulu. Jerang daging di api dan bubuh santan dan serai, biarkan sampai setengah masak barulah dibubuh kelapa potong dan kerisik serta kunyit.