Rendang Pedas Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging
3 biji kelapa
3 batang serai
40 sen cili boh
5 ulas bawang putih
30 ulas bawang kecil 2 cm halia
2 cm lengkuas
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
cawan minyak

Cara-cara

Daging dibersih & dipotong ikut suka hati. Serai, bawang putih, bawang merah, halia & lengkuas digiling halus. Ambil secawan kelapa dibuat kerisik. Santan kelapa diasingkan pati & santan cair. Panaskan minyak & masukkan cili & bumbu yang digiling tadi. Biar sampai naik baunya. Masukkan daging & santan cair. Bila separuh kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam & santan pekat. Masaklah sampai daging empuk & kering sedikit kuahnya.