Rendang Padang Mat Sirat

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu
cawan minyak masak
4 helai daun limau purut
350 ml santan pekat
100 gm kerisik
30 gm gula halus
20 gm garam halus Bahan Kisar:
150 gm bawang merah
100 gm cili kering
100 gm bawang putih
3 batang serai
100 gm kunyit hidup
50 gm lengkuas

Cara-cara

Daging dihiris nipis. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan Bahan-bahan yang dikisar halus dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau perlahan. Masukkan santan pekat bersama daun limau purut. Apabila daging sudah empuk,
masukkan kerisik, gula halus & garam. Kacau perlahan sehingga pekat & angkat. Hidangkan & hiaskan.