Rendang Kambing Tun Perak

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing, dipotong dadu
8 sudu besar minyak
2 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
5 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
3 helai daun kunyit, dimayang
biji kelapa, dibuat kerisik
Sedikit garam
Bahan-bahan digiling:

20 tangkai cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Gaul daging bersama garam. Perap selamam 15 minit.

Panaskan minyak. Tumis lengkuas dan serai yang telah dititik.

Masukkan bahan-bahan giling. Kacau hingga terbit bau.

Kemudian masukkan daging kambing dan biarkan sebentar.

Masukkan santan dan garam. Masak selama setengah jam sambil dikacau selalu.

Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan daun kunyit.