Rendang Istimewa

Ramuan / Bahan

500 gm daging tak bertulang (dimayang halus,dicampurkan dengan bahan-bahan & diperapkan. selama 3-4 jam
1 cawam majerin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 batang lada hijau (ditumbuk)
1 hiris lengkuas (ditumbuk)
3 helai daun limau purut
125 gm buah badam )dicelur & ditumbuk)
1 cawan air rebusan
cawan pati santan
garam secukup rasa Bahan perasa :
camca air halia
1 camca air limau nipis
Air dari 1 biji limau nipis
Garam secukup rasa


Bahan Giling:
2 camca jintan putih (direndang)
1 camca jintan manis (direndang)
2 camca ketumbar (direndang)

Cara-cara

Cairkan majerin dalam sebuah periuk,di atas api yang sederhana. Masukkan bahan giling & tumiskan selama 1 minit, Kemudian masukkan pes bawang putih.
Masaklah selama 2 minit & besarkan apinya.Masukkan daging & bahan perasa selebihnya & daun limau perut. Goreng rata-rata hingga garing selama 1 minit.Kecilkan api. Masukkan bertutup dengan selama 8 minit,kemudian besarkan api sedikit. Masukkan buah badam yang telah ditumbuk tadi.Masakkan pati santan & garam.Teruskan memasak dengan terbuka hingga campuran itu agak kering.Padamkan api.Buangkan daun limau perut.Biarkan hingga sejuk.Isikan hingga sejuk. Isikan ke dalam pingan & hiaskan mengikut suka. Hidangkan dengan nasi putih.