Rendang Daging & Nanas

Ramuan / Bahan

300 gm daging
300 gm hati
300 gm paru-paru
300 gm bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
2 cm halia
2 batang serai sudu serbuk kunyit
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 cawan minyak kelapa
1 biji nanas
Asam jawa
Gula, garam & air

Cara-cara

Cili, bawang, kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang, halia digiling halus. Paru-paru direbus dahulu. Daging & hati dipotong sesuka hati. Bawang besar dipotong subang. Nanas dipotong ikut suka. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang digiling. Bila wangi, masukkan daging & air. Bila daging empuk, masukkan garam, gula, air asam, nanas & bawang besar.