Rendang Daging

Ramuan / Bahan

300 gm daging lembu
1 biji kelapa (1 mangkuk santan)
biji kelapa (buat kerisik)
2 batang serai (dititik)
Sedikit lengkuas (dititik)
2 helai daun kunyit
3 lembar daun limau purut
garam, serbuk perasa secukupnya Digiling Hingga Lumat:
10 tangki cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
sudu kecil lada sulah
3 biji buah keras

Cara-cara

Daging dibersihkan dipotong lebar-lebar.
Kemudian dibasuh & toskan airnya. Masukkan semua rempah yang sudah digiling bersama 1 mangkuk santan didalam kuali.aSetelah itu masukkan lengkuas, serai, daun kunyit & daun limau purut ke dalamnya. Bila mendidih masukkan daging, garam, serbuk perasa & baki santan. Bila mendidih sekali lagi kerisik & masaklah hingga kering & daging cukup empuk sambil dikacau selalu.