Petis Hati

Ramuan / Bahan

600 gm hati
3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
10 lada kering
1 cawan besar ketumbar
biji kelapa 5 biji cili hijau
4 biji bawang besar
20 biji bawang merah
Asam jawa sebesar ibu jari
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Hati dipotong ikut suka hati. Ketumbar, cili kering, lengkuas, halia dan serai digiling halus. Kelapa diparut dan ambil santan sebanyak dua cawan. Cili hijau dan bawang dibelah dua. Hati digaul dengan rempah yang digiling tadi dan tumis sampai kering. Masukkan santan dan asam jawa serta gula dan garam. Bila hampir kering, bubuhlah cili muda dan bawang. Perlahankan api. Bila bawang masak, angkatlah.