Pai Daging Berkentang

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan inti:

50 gm majerin
2 biji bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 camca besar serbuk rempah kari
1 ketul pati daging
200 gm daging (dikisar)
1 biji kentang (direbusdan didadu)
50 gm sayur campur Bahan-bahan kulit:

200 gm majerin
2 biji kuning telur
450 gm tepung serbaguna
1 camca teh serbuk cili
camca teh garam
4-6 camca besar air dingin
1 biji kuning telur - untuk disapu

Cara-cara

Pukul majerin bersama kuning telur hingga kembang. Masukkan tepung, serbuk cili dan garam.

Uli hingga menjadi doh lembut. Masukkan air jika perlu. Bungkus doh dan simpan dingin 30 minit.

Untuk membuat inti, panaskan majerin dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan rempah kari, pati daging dan daging kisar. Apabila daging masak, masukkan kentang dan sayur campur. Kacau rata dan sejukkan.

Keluarkan doh, canai doh dan tekan dalam acuan sampan kecil. Isi inti di dalamnya.

Untuk membuat kulit penutup, terap adunan yang dicanai menggunakan acuan sampan tadi. Tekan sedikit untuk mencantumkan doh bawah dan atas.

Tekan sekeliling pastri dengan garpu sebagai hiasa pada doh dan supaya doh melekat lebih kuat. Sapu sedikit kuning telur dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah Celcius.