Opor Daging Istimewa Pahang

Ramuan / Bahan

1 kilo daging tanpa lemak
1 mangkuk santan segar pekat
cwn kerisik
10 tangkai lada kering (dikisar)
1 sudu kecil serbuk biji lada hitam
gula kabung/keret/melaka secukupnya
1 paket rempah opor puteri
kicap manis
bahan tumis (bunga lawang,kulit kayu manis)
garam dan asam keping Bahan untuk dikisar
1.5 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
bawang kecil
bawang putih

minyak untuk menumis

Cara-cara

rebus daging hingga lembut.
Panaskan minyak.
tumis bahan penumis dan masukkan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau. masukkan rempah opor, kacau hingga naik minyak.
masukkan daging,gula,garam,asam keping dan santan. Kacau dengan api perlahan hingga agak kering.Masukkan kicap dan kerisik.
Masak hingga agak pekat.
Sedia untuk dihidangkan