Mesamah Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging
5 cm kulit kayu manis
1.5 cm halia
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kelapa parut untuk dijadikan kerisik
4 sudu besar serbuk rempah daging
cawan serbuk jintan manis 4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji kelapa
6 ulas bawang putih
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging sebesar 3 cm x 3 cm dan setebal 1 cm. Goreng kelapa dan jadikan kerisik. Tumbuk kerisik sampai pecah minyak. Tumbuk atau mesin halia, 3 labu bawang merah dan bawang putih. Gaulkan daging dengan rempah, jintan manis, ramuan halia dan bawang serta kerisik. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis 1 labu bawang merah, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan daging yang telah digaul dengan rempah. Masak hingga pecah minyak. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat.