Masak Rempah Otak

Ramuan / Bahan

600 gm otak lembu
1.5 cm halia
3 cawan santan
sudu teh kaskas
sudu teh lada putih
sudu teh jintan putih sudu teh jintan manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin lada putih, jintan putih, jintan manis, bawang merah, bawang putih, halia, kaskas, buah pelaga dan bunga cengkih. Jerang santan bersama ramuan di atas dan kacau selalu. Masukkan otak, garam dan kacau hingga masak.