Lauk Baryani Simple

Ramuan / Bahan

500 gm daging
200 gm rempah baryani
Sedikit bawang goreng
4 cm halia
tin susu cair
1 biji limau nipis
2 sudu besar madu
1 cawan air panas
1 peket rempah penumis
2 helai daun pandan
4 sudu besar tomato sos
1 mangkuk kecil biji gajus goreng
1 peket kecil kismis kuning
4 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato biji(belah 4)
2 biji cili hijau (belah 2)

Cara-cara

Daging di hiris, basuh dan toskan. Rempah baryani di bancuh dengan air panas dan perap selama 5 minit. Perah limau nipis dengan susu cair dan perap untuk dijadikan tairu. Tumbuk lumat halia.
Gaulkan daging dengan semua rempah bancuh dan juga rempah penumis, madu, halia, susu cair, air panas, bawang goreng dan daun pandan dalam periuk. Perap daging selama setengah jam atau lebih.
Jerangkan daging atas api sederhana dan tutup periuk.Apabila daging lembut, masukkan sos tomato, tomato, cili hijau, gajus, kismis, garam dan minyak sapi, renih sehingga mesra dan naik minyak.