Lapis Daging

Ramuan / Bahan

500 g daging lembu (dihiris nipis dan lebar)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
5 sm kulit kayu manis
cawan air 8 ulas bawang merah ]
8 ulas bawang putih ] digiling
10 biji lada hitam ]
10 biji lada sulah ] }
2 biji telur } dipukul
6 camca kicap cair/masin }
4 camca besar marjerin }

Cara-cara

Perasakan daging dengan bahan yang digiling. Gaulkan pula dengan campuran telur. Ketepikan. Panaskan marjerin dan goreng bawang hingga kuning. Masukkan campuran daging, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Goreng hingga dagingnya masak dan empuk. Masukkan air. Kacau rata-rata. Bila mendidih, angkat dari api. Hidangkan dengan nasi putih, acar dan sayur-sayuran.