Kurma Daging Telur Puyuh

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
1 kg daging, dipotong sedang
Sedikit air
2 tangkai daun ketumbar, dihiris
Sedikit daun pudina
4 camca besar sos tomato
Sedikit bawang goreng
tin susu cair
Garam secukupnya
4 biji kentang, dibelah empat dan digoreng
10 biji tomato kecil
10 biji telur puyuh Bahan-bahan digiling

1 bungkus serbuk rempah kurma
6 tangkai cili hijau
2 cm halia
8 ulas bawang putih
1 camca teh serbuk lada sulah

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi.

Masukkan daging. Kacau rata dan biar hingga daging empuk (masukkan air supaya daging cepat empuk).

Apabila daging empuk masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Kacau rata.

Masukkan sos tomato, bawang goreng, susu cair dan garam. Kacau lagi, dan biar mendidih di atas api perlahan.

Apabila kuah pekat, masukkan kentang, tomato kecil dan telur puyuh. Kacau lagi. Biar sebentar baru angkat.