Kima Kari

Ramuan / Bahan

500 gm kentang
1 batang lobak merah
3 biji tomato
2 biji bawang merah
Sedikit kulit kayu manis
Rempah kari daging
Sedikit rempah tumis
1 kg daging
Sedikit air
Puri tomato
tin kecil kacang peas Bahan-bahan dikisar dan diperap bersama daging:

5 biji badam
2 tangkai cili hijau
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia

Cara-cara

Kentang dan lobak merah dipotong dadu. Tomato dipotong kecil.

Tumis bawang bersama kulit kayu manis, rempah kari daging dan rempah tumis hingga wangi.

Masukkan daging yang diperap bersama sedikit air dan masak hingga empuk.

Masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu, tomato dan puri tomato.

Biarkan di atas api hingga semuanya empuk.

Masukkan kacang peas. Kacau dan biarkan sebentar baru diangkat.