Arnab Masak Merah

Ramuan / Bahan

1 kilo daging arnab - digoreng masak
1 kotak santan

Bahan A:
6 tangkai cili merah)
2 batang serai )
2 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) dikisar halus
1 inci halia )
1 inci lengkuas ) Bahan B:
cawan sos cili
cawan sos tomato
cawan kismis
Mixed vegetable
2 helai daun kunyit

Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan:
Daun bawang/sup

Cara-cara

Tumis bahan A.

Bila wangi, masukkan bahan B.

Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang telah 1/2 masak.

Masukkan daun kunyit dan santan.

Bila didih, masukkan mixed vegetable.

Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.

Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.