Kari Daging Pedas

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan:-

1 kilo daging (dipotong sederhana)
1/3 sudu teh halba
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 biji bawang merah}
2 ulas bawang putih}ditumbuk
2 cm halia (dimayang halus)


kilo santan (1 biji kelapa diambil santannya)
3 sudu besar serbuk kari Baba's (dibancuh dengan air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 sudu besar serbuk cili Baba's
1 sudu kerisik
Daun kari
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Sebelum minyak panas, masukkan halba. Setelah itu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Jangan sampai bahan rempahan ini hangus.

2. Kemudian masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari. Bila naik bau, masukkan pula pes kari dan juga serbuk cili. Kacau sebentar, kemudian masukkan daging. Tumiskan sehingga pecah minyak. Kacau selalu.

3. Setelah itu, tuangkan sesenduk santan dan air kedalam masakan, renehkan lagi untuk mengempukkan daging. Setelah daging empuk, masukkan baki santan dan kerisik. Taburkan garam dan gula secukupnya, 10 minit selepas itu bolehlah di tutupkan api.