Kambing Sumbat Berpastri

Ramuan / Bahan

4 keping daging kambing, dipotong lebar 5 cm dan tebal 1.2 cm
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
2 camca besar mentega
400 gm paf pastri
biji telur, untuk disapu
2 ulas bawang putih, dicincang - bahan inti
100 gm cendawan berkaleng, dicincang - bahan inti Bahan-bahan inti:
2 camca besar hirisan daun limau purut
camca teh parutan kulit limau susu
1 camca besar sos cili
camca teh serbuk ketumbar
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
biji telur

Cara-cara

Perap daging bersama garam dan serbuk lada hitam 30 minit. Panaskan mentega dan goreng daging hingga perang. Angkat daging dan ketepikan supaya ia sejuk. Gaul bawang bersama cendawan, daun limau, kulit limau susu, sos cili, serbuk ketumbar, garam, serbuk lada hitam dan telur hingga sebati. Bahagikan adunan paf pastri empat bahagian dan canai selebar 17.5 cm x 25 cm. Letakkan sekeping daging pada sekeping paf pastri dan bubuh inti di atas daging. Lipat pastri dan sapukan sedikit air dan biar ia bertangkup. Sapu telur pada pastri dan kelar-kelar dengan pisau. Bakar pastri 30-40 minit pada suhu 190'C atau hingga betul-betul masak.