Kambing Kuzi Permai

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing
5 sudu besar minyak
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 camca teh serbuk buah pala
1 sudu besar puri tomato
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk jintan manis
Sedikit gula, garam dan serbuk perasa
tin susu cair Bahan-bahan dikisar:

3 cm halia
5 biji bawang merah
2 cm lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-cara

Tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan serbuk buah pala. Kacau rata.

Seterusnya, masukkan puri tomato, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis. Kacau hingga puri tomato pecah minyak. Masukkan daging kambing dan biarkan seketika.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.

Apabila daging empuk, masukkan susu cair dan gaul rata. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.