Kambing Biri

Ramuan / Bahan

kg daging biri-biri (dipotong kecil)
2 hiris halia
10 biji bawang merah atau 3 labu bawang besar
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar jintan manis 1 camca besar jintan putih
1 camca besar biji lada sulah (digoreng dan ditumbuk kasar)
1 camca kecil serbuk kunyit
2 batang serai (dititik)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging biri-biri dipotong dan dicuci bersih. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah naik bau, masukkan pula rempah, serbuk kunyit dan serai. Setelah naik minyak, masukkan pula daging kambing tadi dan kacau hingga ianya empuk. Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan.