Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kurma Ayam Mamak

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
3 biji bawang merah besar dipotong
3 biji tomato dipotong
5 sudu besar adunan halia dan bawang putih yang dikisar bersama
daun kari
3 batang cili hijau
1 cawan teh santan
5 sudu besar minyak jagung
3 sudu kecil serbuk lada hitamsar
1 sudu kecil serbuk cili kering
4 sudu besar serbuk kurma
3 sudu kecil serbuk gajus
garam secukup rasa
3 cawan air
campuran 3 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih dan 1 batang kayu manis
Daun pudina

Cara-cara

panaskan minyak dan masukkan buah pelaga,bunga cengkih dan kayu manis dan bawang merah serta biarkan sehingga naik bau, masukkan halia dan bawang putih yang dikisar bersama serta tomato, tumis sehingga naik minyak,masukkan serbuk kurma, lada hitam, serbuk cili dan garam dan ayam bersama. masukkan air, serbuk gajus, cili hijau dan santan. biarkan sehingga memasak.