Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Chinese Chicken Kong Po

Ramuan / Bahan

Bahan A;
3 sudu makan planta
2 biji bawang merah-dicincing halus
2 ulas bawang putih-dicincang halus
3 inci halia-dihiris halus
Bahan B;
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
200 ml air rebusan ayam ½ kg isi ayam - potong dadu
150 grm biji gajus - goreng
2 biji lada banggala - potong dadu
50 grm lada merah,buang biji-potong dadu
50 grm cendawan hitam-potong dadu
50 grm bawang besar-potong dadu
50 grm kurma kering-buang biji
2 sudu teh minyak bijan
garam dan perisa secukup rasa

Cara-cara

Masukan planta dalam kuali dengan keadaan api yang sedarhana panas,tumis bahan2 A hingga kekuningan kemudian masukan bahan2 B,apabila sudah mendidih bolehlah masukan ayam dan biarkan selama 10 minit,lalu masukanlah bahan2 lainnya bersama-sama ayam tadi dan juga masukan minyak bijan sabagai pembangkit selera