Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Rempah Beras

Ramuan / Bahan

½ kg Ayam Kampung

1 mangkuk besar santan kelapa

Kunyit sebesar ibu jari ditumbuk halus

1 mangkuk kecil serbuk beras (beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)

1 sudu kecil rempah kari

2 keping asam keping

garam secukup rasa

Cara-cara

masak ayam kampung bersama santan dengan kunyit dan biarkan mendidih.apabila ayam sudah empuk,masukkan serbuk beras,rempah kari,asam keping dan garam secukup rasa.Biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya pekat.Angkat dan enak dimakan bersama ketupat nasi pulut atau nasi putih.Selamat mencuba.