Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Bakar Black Pepper Madu

Ramuan / Bahan

Bahan A
Ayam 1ekor(dipotong 12)
sos black paper 1 ½botol
sos tiram ½ botol kecil
madu (ikut kesukaan untuk manis)
Gula(ikut kesukaan)
Garam secukup rasa
Serbuk knows pasti sedap(secukup rasa) Bahan B
Serai 2batang
Lengkuas 2cm
Bawang besar 2labu
Bawang putih 1labu
Halia 2cm

Cara-cara

Basuh ayam sampai bersih. Rebus ayam sampai separuh masak. Kisar bahan B(jangan sampai terlalu halus). Gaulkan bahan B dengan bahan A tadi. Perapkan semua bahan tadi ke dalam ayam yang telah direbus. Kalau boleh perap ayam semalaman untuk bahan tadi meresap masuk ke dalam ayam. Selepas itu,baru dibakar. Jangan bakar terlalu lama takut nanti ayam jadi hangus sebab itu rebus ayam terlebih dahulu. Apabila sudah masak siap dihidangkan. Cubalah dulu:)