Tom Yam Darat

Ramuan / Bahan

~bawang kecil 3 ulas-tumbuk
~awang putih 1 ulas-tumbuk
~bawang besar 1 labu-tumbuk
~daun limau purut 4 tangkai
~air limau kasturu 8 biji
~cili padi 10 biji( 5 biji di tumbuk & 5 ~biji tidak di tumbuk)
~serai - di titik
~air
~garam
~gula
~minyak ~ayam ekor
~tomato- dipotong 4
~bunga kobis - dipotong kecil
~baby jagung- dipotong bujur & kecil
~lobak merah -dipotong bujur & kecil

Cara-cara

1. Tumiskan bawang kecil, bawang putih ,bawang besar, cili padi, serai, dan daun limau purut dengan minyak yang panas & api yang sederhana.
2. Kemudian, tuangkan air secukupnya dan masukkan ayam serta air limau. Tunggu sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, masukkan tomato, bunga kobis,baby jagung dan lobak merah. masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga ayam dan sayur masak . Dan boleh di hidangkan.