Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Soto Deli

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
200 gm tauge, dicelur
4 biji kentang, dihiris dan digoreng
3 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
1 cawan santan
Bawang goreng
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun salam 2 batang serai, dititik
10 biji bawang merah, rempah giling
6 ulas bawang putih, rempah giling
8 biji buah keras, rempah giling
3 sm cabe, rempah giling
2 sm kunyit hidup, rempah giling
1 camca sedang lada hitam, rempah giling
1 camca sedang ketumbar, rempah giling
2 cm lengkuas, rempah giling

Cara-cara

Ayam direbus dan dagingnya disiat-siat. Airnya diketepikan. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah giling hingga wangi. Masukkan daging ayam. Kacau hingga rata. Masukkan air rebusan ayam, santan, daun salam, serai dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Biar hingga mendidih baru diangkat. Ketika menghidang letakkan nasi impit, bergedel, tauge, kentang goreng, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Kemudian tuangkan kuah.