Sos Pencecah Nasi Ayam

Ramuan / Bahan

cawan Minyak makan
4-6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia muda(dicincang halus)
cawan Kicap Manis
cawan asam jawa Daun sup (spring onion)
daun sup (coriander)
2 sudu besar cider vinegar
sedikit gula
garam secukup rasa
4 biji lada merah besar yang segar

Cara-cara

Lada merah besar digiling hingga halus lalu digaul dengan gula dan ketepikan dahulu. Panaskan minyak makan dan masukkan bawang putih dan halia muda yang telah dicincang halus.

Apabila mula kekuningan, masukkan lada merah yang telah digiling, kicap manis cider vinegar dan asam jawa dan kacau hingga sebati.

Potong daun sup setengah inci memanjang, masukkan kedalam mangkuk kecil, dan tuangkan semua ramuan yang telah dimasak kedalam mangkuk tersebut. kacau sedikit-sedikit dan ia sedia untuk digunakan sebagai sos nasi ayam.