Ramuan / Bahan
1 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
3 ½ cawan santan pekat
Bahan Giling;
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 hiris halia Air dari 1 biji limau nipis atau
2 sudu air asam jawa
Hirisan-hirisan timun
2.5 kunyit hidup
3 batang lada merah
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
Cara-cara
Buatkan satu belahan ke bawah di dada ayam. Lenturkan ke belakang dengan berhati-hati hingga menjadi rata tetapi tidak terlalu sangat. Ikatkan kakinya pada paha ayam itu & cucukkan kepalanya ke belakang. Letakkan ayam itu ke dalam sebuah kuali besar. Gaulkan serai,daun kunyit, bahan giling & santan pekat. Tuangkan ke atas ayam. Tutupkan kuali itu dengan penutup yang rapat. Masakkan atas api yang sederhana,dengan membalik-balikkan ayam sekali-sekala,hingga empuk.Apabila airnya telah kering & campurkan itu menjadi berminyak,angkat dari api,Panggangkan ayam di atas api arang atau pemanggang lektik (grit) hingga rata kuningnya. Lomorkan dengan campuran yang selebihnya dari masakkan yang mula-mula tadi. Apabila ayam masak,renjiskan air limau nipis ke atasnya. Hidangkan panas-panas, dengan berhias hirisan-hirisan timun.