Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Ushak

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dipotong lapan (digoreng sedikit)
20 tangkai cili kering, digiling
3 ulas bawang putih, digiling
7 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap cair
4 camca besar soso cili
3 biji kentang, dipotong memanjang, digoreng 2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji tomato, dipotong bulat
Sedikit gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Kacang pis dan bawang goreng untuk ditabur
Sedikit air

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan sedikit air, gula, garam, sos tomato, sos cili dan kicap cair. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato. Kacau lagi. Apabila cukup masak, hias menggunakan kentang goreng, kacang pis dan bawang goreng.