Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Goreng Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
20 tangkai cili padi
5 tangkai cili merah
2 batang serai
15 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
Minyak
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara

Ayam dibersih & dipotong 4. Gaul dengan garam kunyit & digoreng sampai kuning. Cili padi, cili merah, serai & bawang-bawang digiling sampai halus. Panaskan 1/2 cawan minyak di dalam kuali & tumis bahan-bahan yang digiling tadi.Masukkan garam, air limau & ayam sambil dikacau rata. Akhir sekali masukkan daun kunyit,
dikacau rata & angkat.