Sambal Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong empat)
5 ulas bawang putih
2 helai daun limau purut
kg kacang peas
kg cili giling
1 camca besar jintan manis
10 gm belacan 3 labu bawang besar
1 labu bawang besar (dipotong empat)
1 cawan minyak masak
2 biji tomato (dihiris)
1 biji kelapa parut
1 camca besar jintan putih
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam digaul bersama garam dan kunyit, goreng dalam minyak yang penuh sehingga kuning. Tumbuk bawang besar, limau purut, halia, jintan manis dan jintan putih kemudian campurkan dengan cili kering. Ambil santan pekat sebanyak satu cawan. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng sebentar bahan yang digiling tadi. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan garam dan ayam goreng dan masaklah buat seketika. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang peas, biarkan seketika hingga masak.