Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Ayam Mak Yang

Ramuan / Bahan

1 mangkuk bawang merah kisar
½ mangkuk bawang putih kisar
½ mangkuk halia kisar
½ mangkuk kunyit hidup kisar
1 mangkuk serai kisar
½ mangkuk cili api kisar
1 mangkuk cili kering kisar
1 ekor ayam - potong 12
5 helai daun kunyit - hiris halus
1 kilo santan pekat
Garam

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan kisar dan ayam ke dalam kuali besar. Gaul dan biarkan daging ayam 'kecut'.

Masukkan santan, masak di atas api sederhana besar. Kacau selalu untuk mengelakkan bahagian bawah masakan hangus.

Apabila kuah hampir kering, masukkan hirisan daun kunyit dan garam.

Kacau selalu dan masak hingga rendang kering (bertukar warna coklat gelap).