Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Ayam

Ramuan / Bahan

satu ekor ayam.
10 tangkai cili kering
2cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit kerisik
bunga lawang
bunga cengkih kulit kayu manis
buah pelaga
buah keras
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
serbuk perasa
1 cawan santan pekat

Cara-cara

Ayam di potong 12 bersih dan toskan
cili kering ,halia lengkuas,serai,bawang putih,bawang merah dan buah pelaga di kisar semuanya.
panaskan minyak,tumiskan bahan yang di kisar bersama bunga lawang,bunga cengkih
,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.kemudian masukan ayam dan biar mendidih seketika.masukan kerisik dan kacau lagi.masukan santan ,garam ,serbuk perasa dan gula secukup rasa .masaklah sehingga pekat.