Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nyonya Pangteh

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong lapan)
¾ mangkuk bawang merah (dimesin)
¼ mangkuk bawang putih (dimesin)
2 biji ubi kentang (digoreng) 1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Minyak masak
Garam

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis ramuan yang dimesin hingga naik bau. Masukkan ayam. Gaul hingga sebati. Masak dengan api kecil hingga daging lembut. Masukkan garam secukup rasa. Hias dengan cili hijau, cili merah dan kentang goreng.