Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Mustika Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji kelapa
5 sudu besar minyak Bahan-bahan dikisar:

10 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
1 camca teh ketumbar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1 cm kunyit basah
1 cm belacan
2 batang serai, dihiris
½ cm lengkuas
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Ayam dipotong mengikut suka. Bubuh garam, kunyit dan goreng.

Ambil santan pekat semangkuk dan santan cair dua mangkuk.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Apabila wangi, masukkan santan cair.

Apabila mendidih, masukkan ayam, biar sebentar baru masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih dan pekat.

Kalau suka berkuah, jangan masak hingga terlalu pekat. Masukkan garam dan gula.