Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Lungkep Ayam

Ramuan / Bahan

4 ketul ayam bersaiz sederhana
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
3 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
1 labu bawang besar (ditumbuk kasar) 2 sudu teh serbuk kunyit
¾ cawan santan pekat
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

Cara-cara

Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, serai serta bahan-bahan sangai hingga garing. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan biarkan diatas api sehingga ayam separuh masak. Masukkan santan, sesuaikan rasa dan didihkan diatas api sehingga ayam masak.