Ramuan / Bahan
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging lembu
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia kering
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
4 kelompak bunga lawang
2 biji buah keras
½ biji buah pala
20 biji lada sulah
2 kelopak bunga pala
1 camca teh kaskas( jika perlu)
garam dan gula secukupnya
½ kuntum bunga cabe
1 biji kelapa
1 senduk kecil susu cair
1 tongkol ubi kentang
1 labu bawang besar
asam limau nipis
Bahan-Bahan Untuk Menumis:
i. 5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
1 ½ inci halia - dimayang
ii. 1 biji buah pelaga, ½ inci kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih
1 ekor ayam / 1 kg daging lembu
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia kering
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
4 kelompak bunga lawang
2 biji buah keras
½ biji buah pala
20 biji lada sulah
2 kelopak bunga pala
1 camca teh kaskas( jika perlu)
garam dan gula secukupnya
½ kuntum bunga cabe
1 biji kelapa
1 senduk kecil susu cair
1 tongkol ubi kentang
1 labu bawang besar
asam limau nipis
Bahan-Bahan Untuk Menumis:
i. 5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
1 ½ inci halia - dimayang
ii. 1 biji buah pelaga, ½ inci kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih
Cara-cara
Cara Membuatnya:
1. Ayam dipotong 4, basuh dan toskan, untuk lebih menyedapkan ayam itu hendaklah digaul dengan sedikit garam, halia, bawang putih dan bawang merah dan kemudian digoreng.
2. Panaskan 2 senduk minyak dalam periuk. Bila panas tumiskan bahan i dan ii. Bila berbau wangi, masukkan bahan-bahan yang digiling:
( ketumbar,jintan putih, jintan manis, halia kering, cengkih, buah pelaga, kayu manis,bunga lawang, buah keras, buah pala, lada sulah, kaskas dan cabe)
3. Masukkan daging, bila kering airnya, masukkan santan, susu cair, asam, gula dan garam.
4. Bila ayam/daging empuk, rasakan.Masukkan ubi kentang yang telah direbus dan bawang besar.