Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kurma Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
60 mg marjerin
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
¾ sudu jintan manis
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia (giling)

Bahan Giling:
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada sulah
2 ½ sudu besar adas 2 labu sedang besar (dihiris)
3 cawan pati santan atau
1 tin susu sejat cair
Garam secukup rasa
2 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
2 batang lada hujau (dibelah dua memanjang)
1 biji sedang tomato (dibelah-belah)
Air dari 1 biji limau nipis

2 sudu jintan putih
60 gm buah badam/biji gajus

Cara-cara

Pijarkan marjerin atas api yang sederhana & tumiskan bahan giling selama 1 minit. Masukkan kesemua rempah kering & goreng hingga wangi.Masukkan bawang merah,bawang putih,halia & bawang besar. Goreng hingga layu,kemudian masukkan ayam & balutkan rata-rata dengan campuran itu.Masukkan santan & garam secukup rasa,kacau. Biarkan campuran itu mendidih,kemudian kecilkan api,Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan lada & masak dengan terbuka hingga ayam hampir empuk,dengan dikacau selalu. Masukkan tomato & masak hingga empuk.Angkat dari api. Campurkan air limau nipis & rasalah asam garamnya.
Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.