Ramuan / Bahan
1 ekor ayam
1 biji kelapa
½ senduk minyak
1 genggam ketumbar
1 sudu kecil adam manis
10 biji cili kering digiling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 1 ruas lengkuas dan halia
2.5 sm kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
10 sen asam jawa
½ sudu gula
Sedikit belacan
1 biji kelapa
½ senduk minyak
1 genggam ketumbar
1 sudu kecil adam manis
10 biji cili kering digiling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 1 ruas lengkuas dan halia
2.5 sm kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
10 sen asam jawa
½ sudu gula
Sedikit belacan
Cara-cara
Ayam dibersihkan tetapi jangan dipotong-potong, kemudian dibasuh dan toskan airnya. Ketumbar, adam manis, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia digiling hingga lumat kemudian digaulkan pada ayam hingga rata. Asam jawa dicampurkan dengan 1 sudu makan air kemudian diramas ambil airnya dan masukkan ke dalam ayam. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan cengkih, kayu manis, buah pelaga serta cili kering sehingga garing. Sesudah itu masukkan ayam dan tuangkan santan kelapa sehingga cukup tenggelam ayam. Tambahkan garam, gula serta serbuk perasa secukup rasa kemudian masaklah sehingga kering dan ayam empuk. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.