Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kerabu Ayam & Taugeh Tepanyaki

Ramuan / Bahan

1 atau 2 dada ayam sederhana besar(potong dadu sederhana kecil)
segengam tauge segar
2 ulas bawang putih-diketuk halus
1 labu bawang besar dipotong separuh bulat secara nipis
Kicap sotong
Cuka
Garam
Gula
1 biji tomato segar-di potong dadu
1 biji cili besar merah
1 biji cili besar hijau
Serbuk lada hitam-kasar
Minyak untuk menumis
Sos tiram
Daun saderi utk hiasan
5 biji bawang merah-dimayang untuk digoreng .

Cara-cara

Ayam dipotong dadu dan diperap dgn garam putih utk seketika.Goreng dgn kuantiti minyak yg sedikit tetapi jgn terlalu garing.

Angkat dan toskan. Baki minyak yg tinggal digunakan utk menumis bawang putih renjiskan sedikit cuka supaya tumisan bawang ketara wangi dan sedikit masam.

Masukkan taugeh yg telah dibasuh dan dibersihkan bersama ayam yg telah digoreng tadi,garam ,gula dan kicap sotong.

Gaul rata dan kecilkan api dan masukkan tomato,lada hitam,bawang goreng cili merah dan hijau gaul sedikit dan sedia utk dihidangkan. Hiaskan dengan daun saderi supaya masakkan nampak lebih menyelerakan. Selamat Mencuba.