Kari Ayam Pekat

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong 12)
cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
8 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia (dimayang)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan
5 biji ubi kentang
3 biji tomato
3 tangkai cili hijau
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Garam secukup rasa Bahan-bahan Tumis:
6 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
6 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
sudu kecil jintan manis

Cara-cara

Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan-bahan Tumis. Kacau hingga berbau harum & masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk cili & bahan-bahan yang dikisar halus. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak. Ayam dibersihkan & ditoskan kemudian dimasukkan ke dalam rempah bersama-sama sedikit air. Kacau hingga rata & biarkan hingga ayam empuk. Masukkan santan, ubi kentang, kerisik serta garam & biarkan hingga mendidih. Bila ubi kentang empuk, masukkan tomato & cili hijau. kacau hingga rata & angkat. Enak dimakan bersama-sama nasi, lemang / ketupat.