Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kari Ayam ala Barbeku Oita

Ramuan / Bahan

3 keping dada ayam (dipotong nipis)
1 biji bawang besar (dipotong nipis)
1 sudu serbuk kari
4 sudu minyak masak
Garam secukup rasa Bahan dikisar (A)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
½ camca kecil lada hitam
Sebatang serai
Sedikit air

Cara-cara

Hirisan ayam diperap bersama bahan (A) yang telah dikisar halus selama 3-4 jam.

Hirisan ayam yang telah diperap digoreng seketika (kering air)dan diletak ketepi.

Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar dan tumis bersama serbuk kari dan juga garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan tumis menjadi terlalu kering. Setelah garing, masukkan hirisan ayam yang telah goreng tadi dan dikacau sehingga ayam menjadi empuk.