Ramuan / Bahan
RM 2 santan kelapa
2 packet kecil rempah kari daging Baba's
½ inci halia dimayang halus
2 pelepah daun kari
2 helai daun pandan di carik dan simpul
1 batang serai dititik
4 biji kentang belah 4
2 biji carrot potong 3 dan kemudian potong wedges
3 biji cili hijau belah tak putus
3 biji tomato belah 4 Bahan Tumbuk:
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
½ inci halia
* 1 sudu besar ketumbar biji
* 1 sudu besar jintan putih
* ½ sudu besar jintan manis
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar kerisik
* Goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
Cara-cara
Panaskan minyak dalam 2 senduk. Masukkan halia yang dimayang dan daun kari 1 pelepah, kulit kayu manis, buah pelaga, bunya lawang, bunga cengkih.
Tumis sampai naik bau dan kemudian bahan yang dikisar. Bila dah naik bau dan layu, masukkan rempah dan tumis sampai garing.
Dah garing masukkan 1.2 cawan air dan biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, kentang, carrot, cili hijau, tomato dan kacau sampai keluar air ayam dan biarkan ianya agak kering baru masukkan santan yang di campurkan dengan 3 cawan air.
Biarkan empuk kentang tadi dan juga ayam.
Lepas tu masukkan garam, asam gelugor yang sederhana besarnya, sedikit gula, daun pandan dan serai.
Dan kemudian rasa dan bila dah nak mendidih, masukkan kerisik dan kemduan kacau. Biar dia pecah minyak dan pastikan rasanya dah okay.