Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Golek Ayam Pedas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (1.5 kg)
4 sudu besar rempah daging
2 sudu besar minyak makan
2 biji kelapa
2 biji telur ayam 2 biji kentang
½ biji kelapa parut
2 labu bawang besar
Hati dan hempedal ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus telur dan kentang. Goreng kelapa parut untuk dibuat kerisik. Mesin atau tumbuk hingga lumat. Bersihkan ayam dalam dan luar dengan sebersih-bersihnya. Jangan dikerat di mana-mana kerana masakan ini menggunakan ayam seekor-seekor. Tumiskan rempah bersama kerisik. Masukkan hati dan hempedal ayam yang telah dibersihkan. Masak hingga kering. Gaulkan rempah bersama telur rebus, kentang rebus dan bawang besar sebiji-sebiji dan sumbat ke dalam perut ayam melalui bahagian bawah ayam. Jahit ayam di bahagian bawah dan leher supaya segala inti di dalam perutnya tidak terkeluar semasa dimasak. Jerang santan dan masukkan ayam yang telah berisi inti bersama baki rempah yang tidak dapat dimasukkan sebagai inti. Masak sehingga santan kering. Selalulah kacau santan dan balik-balikkan ayam supaya isinya empuk sepenuhnya. Masukkan garam. Sebelum dihidangkan pastikan benang dibuang.