Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Dalca Ayam

Ramuan / Bahan

2 kati ayam (potong kecil-kecil)
1 ½ cawan kacang dal (cuci & toskan)
1 pain air
2 biji ubi kentang (dipotong kecil)
2 biji terung (dipotong kecil)
2 biji terung (dipotong kecil)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam
½ sudu teh garam
4 sudu besar minyak Bahan Giling:
3 biji cili hidup
3 biji cili kering
2 inci halia
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Cara-cara

Jerangkan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan kacang dal, serbuk kunyit, serbuk kari & garam, biarkan mendidih. Pijarkan minyak & tumis bahan-bahan ditumbuk hingga naik minyaknya. Masukkan repah yang ditumis ke dalam dal mendidih tadi. Kacau. Masukkan garam, ubi kentang, terung & masak hingga dal serta ayam empuk. Rasa garamnya & angkat.